Perkhidmatan Kaunter Padu Di Pedi Felda Pasoh 2

14 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 09 sehingga 13 Januari 2024, Perkhidmatan Kaunter PADU telah dilaksanakan di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pendaftaran PADU bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang sepanjang tempoh tersebut.

Sesi Pendaftaran PADU melibatkan 2 Pegawai DOSM yang membuka kaunter fizikal di PEDi bagi membantu urusan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu di Felda Pasoh 2 menerusi portal PADU. Staf PEDi membantu membuat hebahan kepada komuniti dan orang ramai untuk hadir bagi pendaftaran PADU. Sepanjang tempoh perkhidmatan Kaunter PADU di PEDi, sambutan daripada komuniti untuk sesi pendaftaran amat menggalakkan dan kerjasama antara staf PEDi bersama pegawai DOSM bagi sesi pendaftaran PADU amat baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali